MTIB batal lesen jika syarikat gagal patuh syarat eksport kayu – Johari Ghani

Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) akan membatalkan lesen eksport sekiranya ada syarikat dikesan gagal mematuhi syarat eksport bagi produk kayu negara.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, berkata ketika ini ada syarikat dikesan memanipulasi produk eksport mereka dengan menghantar semula produk import siap ke luar negara.

“Ada (kes sebelum ini). Kalau MTIB dapat tangkap, memang tak lagi dibenarkan eksport.

“Ini maknanya dia manipulasi (produk kayu untuk tujuan eksport) dan (perbuatan) ini tak boleh,” katanya ketika ditemui pada Majlis Apresiasi MTIB dan Pelancaran Buku Anatomi dan Pencegahan Kayu Malaysia di Kuala Lumpur pada 24 April.

Turut hadir, Pengerusi MTIB, Datuk Larry Sng Wei Shien.

Ketika ini, MTIB mengeluarkan permit eksport kepada mana-mana syarikat yang mahu mengeksport produk berasaskan perkayuan ke luar negara, dengan tempoh permit bagi satu-satu penghantaran eksport selama 60 hari atau kira-kira dua bulan.

Previous
Previous

Nilai eksport industri kayu cecah RM22.9 bilion tahun lalu